Sabtu, 15 Februari 2014



KUALA LUMPUR – Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan 2013 selama empat hari bermula hari ini menawarkan 3,299 peluang pekerjaan kepada golongan belia dan siswazah.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd Muttalib berkata, karnival di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di Serdang itu dianjurkan dengan kerjasama 10 agensi kerajaan dan syarikat persendirian.

“Ia antara inisiatif kerajaan untuk mencapai sasaran 50 peratus pekerjamahir pada 2020,” katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen di sini hari ini.

Antara acara dalam karnival itu ialah Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) disertai 205 belia membabitkan 22 bidang dipertandingkan seperti pemasangan elektrik, teknologi automotif, Teknologi Maklumat (IT), teknologi reka bentuk grafik, reka bentuk web dan kimpalan.

Pemenang utama pertandingan akan dianugerahkan ‘Tangan Emas Perdana Menteri’ dan berpeluang menyertai ‘Pertandingan Kemahiran Asean 2014′ di Vietnam dan ‘Pertandingan Kemahiran Dunia’ di Sao Paulo, Brazil pada 2015. – Bernama

Categories: , , , , , , ,

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!