Jumat, 31 Januari 2014


TERNYATA parodi dan kritikan akibat video ‘Macam Cantik Jer’ tidak menjadi nanah buat Syasya Solero apabila dia terus mengtinjauankan video-video terbaru untuk tontonan umum.

Selepas ‘iklan minyak wangi’, dia tampil pula dengan video nyanyian lagu Adam dan Hawa.

Seperti biasa, ramai yang memberi perhatian dan memberi pelbagai ulasan positif atau negatif mengenai gadis ini.

Bagi penulis, perhatian daripada orang ramailah yang menjadikan Syasya terus gigih berusaha untuk lebih popular.

Tak mengapalah. Nanti bila orang dah bosan dan tak melayan, tahulah dia berhenti macam Bobo.

Kepada yang menonton, tak perlulah bersungguh-sungguh memaki hamun. Tak baik.



Post by Vyrec.

Kamis, 30 Januari 2014

Saya yakin Pakatan Rakyat (PR) akan mengekalkan kemenangan di Parlimen Balik Pulau dan akan menguasai ketiga-tiga Dun di Balik Pulau kerana beberapa sebab:-
1. Kami berkerja untuk rakyat sejak menang Mac 2008 hingga kini. Kami tak pernah berhenti. Kami kerahkan segala instrumen yang ada seperti Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK), Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), Ahli Majlis Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Jabatan-jabatan kerajaan seperti Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertanian, Jabatan Parit dan Saliran dan lain-lain secara padu untuk berbakti kepada rakyat sebagai membalas kepercayaan rakyat kepada kami. Akhirnya kami berjaya dan kami yakin untuk sapu bersih dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini kerana kualiti khidmat kami.

2. Dari segi logik, dulu kami menang tipis di Parlimen Balik Pulau dan kalah tipis di tiga DUN di Balik Pulau tanpa segala instrumen-instrumen tadi seperti JKKK, Penyelaras Adun, Ahli Majlis (MPPP) serta tanpa sokongan agensi-agensi kerajaan. Pada 2008 kami hanya mula kerja bila hampir pilihan raya. Kini dengan gerak kerja sejak 2008 dengan sokongan segala instrumen yang ada, saya yakin peluang untuk kami menang besar amat tinggi.
pakatan-rakyat 
3. Hasil gerak kerja kami yang ikhlas dan aktif, kami kini mempunyai ramai penyokong dan dari pelbagai bangsa. Mereka amat seronok dengan pembaharuan dan ketelusan kami. Kini kami ada sukarelawan Melayu, Cina dan India, sesuatu yang tidak kami miliki pada 2008. Takkan dengan sokongan padu mereka dalam PRU 13 nanti kami tak boleh menang dengan bergaya?

selengkapnya 

Rabu, 01 Januari 2014

Entah semuanya ini karena kelainan genetika atau apa pun alasannya yang jelas spesies-spesies ini hidup normal. meski ukuran tubuh mereka yang dibawah rata-rata.Dan salah satunya pernah ditemukan di Indonesia.

 
1. Anjing Terkecil Sejagad

Ducky, seekor anjing di Massachusetts, USA, dengan 4,9 inci (12,4 cm), merupakan anjing yang masuk Guinness World Record untuk anjing terkecil sejagad. Anjing terkecil yang pernah memegang rekor sebelumnya menurut Guinness, adalah seekor Yorkshire Terrier yang memiliki tinggi 2.8 inches.

 
2. Ular Terkecil Sejagad

Leptotyphlops Carlae adalah spesies ular terkecil sejagad, yang memiliki panjang rata-rata kurang dari 4 inci. Ditemukan di kepulauan Karibia Barbados, Blair Hedges.
 
 
3. Ikan Terkecil Sejagad

Ikan terkecil sejagad ini ditemukan pada Januari 2006 di pulau Sumatra Indonesia, dan merupakan spesies dari ikan gurami (Paedocypris Progenetica). Ini adalah ikan terkecil sejagad dengan panjang hanya 7,9 mm (0,3 inci)
 
 
4. Kucing Terkecil Sejagad

Kucing terkecil sejagad ini berusia 2 tahun dan terdapat di pusat Illinois, kucing ini memiliki berat sekitar tiga kilogram dan merupakan kucing terkecil yang masuk Guinness Book of World Records pada 2004.
 
 
5. Hamster Terkecil Sejagad

Hanya sedikit lebih besar daripada uang recengan logam 50p, Peewee adalah hamster terkecil sejagad dengan berat kurang dari satu ons, hamster ini berhenti pertumbuhan ketika ia berusia tiga minggu.

 
6. Bunglon Terkecil Sejagad

Brookesia Minima adalah spesies bunglon yang terkecil sejagad yang memiliki panjang setengah inci. Ditemukan di utara pantai barat Madagaskar.
 
 
sumber 

Jika anda menyangka iPhone 5S adalah telefon pintar terbaik tahun ini, anda silap.

Sebaliknya pemegang takhta telefon pintar terbaik di Stuff Gadget Awards 2013 dianugerahkan kepada LG G2.

LG G2 dipilih berdasarkan ciri utamanya skrin Definisi Tinggi 5 inci, kamera 13MP dengan penstabilan imej optikal dalam cahaya rendah serta bateri yang sangat jimat.

Secara tak langsung, ini bagai satu amaran kepada Apple dan Samsung bahawa LG bakal mengungguli bisnes telefon pintar selepas ini.

Pada masa sama, Apple dan Samsung yang begitu popular dan berjaya menjual gajet pintar mereka dengan banyak seluruh dunia, turut kalah kepada Nokia apabila para pembaca memilih Nokia Lumia 1020 sebagai Gajet Terbaik kerana keupayaannya merakam gambar dengan cemerlang menerusi sensor 41MP dan teknologi superpixel pintar yang ada padanya. – REM RAMZI


Sumber: Telegraph UK
December 10, 2013
Jenazah Ahmad Rafli Abd Malek dibawa ke hospital untuk bedah siasat selepas ditembak di depan rumahnya, bulan lalu. Gambar fail.Jenazah Ahmad Rafli Abd Malek dibawa ke hospital untuk bedah siasat selepas ditembak di depan rumahnya, bulan lalu. Gambar fail.Seorang daripada 15 pengikut ajaran sesat Tuhan Harun yang ditahan adalah individu yang menembak mati Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Rafli Abd Malek, bulan lalu.


Jurucakap polis menerusi laman Facebook Polis Diraja Malaysia, berkata individu terbabit dikenal pasti selepas siasatan dilakukan terhadap semua suspek yang ditahan.
Polis berkata, pistol jenis Smith & Wesson yang ditemui dalam kereta salah seorang daripada suspek yang ditahan adalah pistol sama digunakan untuk menembak Ahmad Rafli.


 Polis kini memburu lapan lagi suspek bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ahmad Rafli meninggal dunia pada 10 November lalu selepas ditembak di rumahnya kira-kira jam 2 petang.
Dalam kejadian di Indera Mahkota, Pahang itu, tiga suspek berpakaian jubah datang ke rumahnya sebelum menembak mangsa.
Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pahang ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan ketika ini.

Sementara itu, sumber memberitahu The Malaysian Insider, mangsa meninggal dunia selepas terkena tiga das tembakan.
Sumber berkenaan juga memberitahu, mangsa ketika ini sedang terlibat dalam tiga kes besar melibatkan ajaran sesat Tuhan Harun, ajaran Syiah dan operasi kelab malam. – 10 Disember, 2013.
The Malaysian Indiser
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!