Rabu, 01 Januari 2014


Jika anda menyangka iPhone 5S adalah telefon pintar terbaik tahun ini, anda silap.

Sebaliknya pemegang takhta telefon pintar terbaik di Stuff Gadget Awards 2013 dianugerahkan kepada LG G2.

LG G2 dipilih berdasarkan ciri utamanya skrin Definisi Tinggi 5 inci, kamera 13MP dengan penstabilan imej optikal dalam cahaya rendah serta bateri yang sangat jimat.

Secara tak langsung, ini bagai satu amaran kepada Apple dan Samsung bahawa LG bakal mengungguli bisnes telefon pintar selepas ini.

Pada masa sama, Apple dan Samsung yang begitu popular dan berjaya menjual gajet pintar mereka dengan banyak seluruh dunia, turut kalah kepada Nokia apabila para pembaca memilih Nokia Lumia 1020 sebagai Gajet Terbaik kerana keupayaannya merakam gambar dengan cemerlang menerusi sensor 41MP dan teknologi superpixel pintar yang ada padanya. – REM RAMZI


Sumber: Telegraph UK

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!