Selasa, 04 Maret 2014


TERDAPAT banyak faktor yang menandakan berlaku penuaan kulit selain kemunculan garisan halus dan kedutan pada wajah.
Antara masalah utama yang boleh dilihat ialah kekeringan kulit, tekstur kulit yang kasar, warna kulit tidak sekata, tompokan atau bintik hitam, peningkatan saiz bukaan liang roma dan kulit wajah menjadi kusam serta tidak bermaya.

Bagaimanapun, penggunaan bahan kompleks asas, Vitaniacin dalam produk kecantikan Olay Total Effects (TE) membantu untuk mengurangkan gejala penuaan kulit terbabit.

Vitaniacin adalah formula istimewa campuran niacinamide bersama provitamin B5 dan vitamin E yang membentuk ejen bahan aktif. Ini bertujuan menggalakkan pengeluaran sel kulit baru untuk menjadikan kulit wajah yang seimbang dan berseri.
Walaupun begitu, niacinamide dianggap bahan utama yang membuatkan produk Olay TE berkembang bagi memberikan jalan penyelesaian kepada wanita dalam proses penjagaan kulit wajah mereka.


Menurut Naib Presiden P&G Asia, Bahagian Prestij dan Kecantikan Wanita, Joanne Crewes, penggunaan niacinamide amat penting dalam produk Olay TE.

Untuk itu, kajian lebih mendalam akan dilakukan untuk menonjolkan lagi keberkesanan bahan terbabit pada masa akan datang.

"Tidak dapat dinafikan melalui penggunaan produk Olay TE secara teratur, kulit akan kelihatan lebih muda kesan daripada penggunaan bahan niacinamide, ia membantu meningkatkan pengeluaran sel baru kulit.

"Dalam pada itu, saintis P&G kini berusaha mencungkil potensi terbaru daripada bahan terbabit kerana ternyata apa yang ada kini hanya sedikit daripada kesan keseluruhan penggunaannya," katanya.

Malah, menurutnya, jenama berkenaan sentiasa mendengar setiap permasalahan dihadapi wanita.

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!