Sabtu, 21 Desember 2013

Sedar atau tidak Malaysia merupakan negara teratas yang mengungguli carta penduduk paling ramai menghadapi obesiti di rantau Asia Tenggara manakala negara keenam di rantau Asia Pasifik. Ini merupakan perkara yang sangat memalukan khususnya kepada kepopularitian kita terhadap isu kesihatan. My Decrescendo hari ini ingin berkongsi 10 fakta menarik tentang obesiti di seluruh dunia sebagai pedoman kepada semua. Harap informasi ini dapat dikongsi sebagai iktibar buat kita semua.

1. Kajian kesihatan global mengesahkan stress (tekanan) dan kurang tidur merupakan punca utama obesiti.

stress

2. Pusat perubatan Universiti Duke mendapati bahawa wanita dan lelaki yang kehilangan 10 peratus jumlah berat badan mereka, akan berlaku peningkatan yang ketara dalam kualiti kehidupan ranjang.

3. Kajian kesihatan global mendapati obesiti merupakan pembunuh di tangga kedua selepas penggunaan tembakau (rokok).
obesiti pembunuh

4. Kajian kesihatan percaya obesiti mengurangkan tangga usia hidup seseorang rata-rata selama 7 tahun.

5. Obesiti meragut 2/3 nyawa dalam tempoh sehari di seluruh dunia.
obesiti punca kematian

6. Hampir 30% (43 juta) pesakit obesiti di seluruh dunia terdiri dari kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas.

7. Paul Mason, 48 tahun dipercayai lelaki paling gemuk di dunia dengan berat 444.52 kg. (Sekarang bukan lagi paling gemuk kerana beliau berjaya menurunkan berat badannya secara drastik)


lelaki tergemuk

8. Mississipi merupakan negeri di Amerika Syarikat yang mencatatkan kenaikan dewasa paling ramai mengalami obesiti sebanyak 25%. Ini kerana Mississipi terkenal dengan pelbagai jenis makanan ringan yang enak seperti pie, sweet potato crunch, dan udang goreng. 

9. Kajian mendapati 35% daripada pengambilan kalori harian kita berasal dari makanan di restoran terutama fast food.
fast food obesiti

10. Beberapa syarikat penerbangan dunia telah membelanjakan $275 juta untuk 350 juta gelen tembahan bahan api antara tahu 2000 hingga 2001. Peningkatan bahan api ini adalah semata-mata untuk menampung berat tambahan penumpang yang semakin ketara (penumpang obesiti)
.


Categories: , , , , , ,

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!