Kamis, 26 Desember 2013

Hanya Dengan Youtube, Mereka Gegarkan Hollywood!

LAMAN sosial, apabila digunakan dengan cara betul bukan saja boleh mendatangkan manfaat malah mengubah nasib seseorang.
Contohnya Youtube,bukan sedikit anak muda yang asalnya remaja biasa-biasa, bertukar menjadi bintang segera setelah nyanyian mereka dikongsikan di Youtube.
JUSTIN BIEBER
Antara contoh paling popular adalah penyanyi remaja paling terkenal dunia pada hari ini, Justin Bieber.
Bieber menjadi sensasi di Amerika Syarikat pada 2009 setelah single pertamanya, One Time mendapat sambutan hangat. Ini disusuli dengan kejayaan luarbiasa album pertamanya, My World yang diterbitkan pada tahun sama.
Cerita sebenarnya, nasib Bieber berubah selepas bakatnya dikesan ejen pencari bakat, Scooter Braun. Braun menemui bakat Bieber setelah menonton nyanyiannya dalam pertandingan nyanyian “Stratford Star” di Ontario. Video yang menyaksikan Bieber hanya memperoleh tempat kedua ini dimuatnaik oleh ibu Bieber di Youtube pada 2007.
Kapsyen: Aksi Bieber yang dimuatnaik oleh ibunya 6 tahun lalu ini menjadi batu loncatan untuknya bergelar Superstar pada hari ini.
…………………………..
CHARICE
Di Filipina, nasib seorang gadis juga berubah disebabkan Youtube. Charmaine Clarice Relucio Pempengco atau lebih dikenali sebagai Charice,21, dibesarkan ibunya, Raquel, bersendirian selepas bercerai dengan bapa Charice ketika dia berusia 3 tahun.
Untuk membantu ibunya, Charice menggunakan bakat nyanyiannya dengan menyertai pelbagai pertandingan sejak berusia 7 tahun. Malah, dia dikhabarkan menyertai lebih 80 pertandingan daripada yang kecil-kecilan sampailah yang disiarkan di kaca TV.
Pada 2005, Charice menyertai ABS-CBN’s Little Big Star, sebuah pertunjukan bakat di Filipina yang mirip program American Idol. Dia terkeluar sejak penampilan pertama namun dipanggil masuk semula menerusi wildcard, seterusnya menamatkan pertandingan di tempat ke 3.
Bagaimanapun, nasibnya hanya benar-benar berubah selepas seseorang dengan nama samaran “FalseVoice” memuatnaik video Charice di YouTube pada 2007. Video itu menjadikannya fenomena di dunia maya dan mendapat perhatian ramai termasuk Oprah Winfrey yang menggelarkannya ‘Gadis paling berbakat di dunia’.
Hari ini, Charice mencipta sejarah sebagai penyanyi solo Asia pertama berjaya menempatkan diri dalam carta Top 10 Billboard 200 menerusi album pertamanya yang diterbitkan pada 2010. Single Charice yang paling popular adalah Pyramid. Dia turut mendapat peluang membintangi siri muzikal TV popular, Glee dengan membawakan watak Sunshine Corazon.

Oleh: REM RAMZI

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!