Senin, 30 Desember 2013

Seorang Maut, Gara-Gara Potong Di Selekoh | Gara-gara memintas sebuah kenderaan lain di garisan berkembar, seorang maut manakala lima parah termasuk seorang guru dan kanak-kanak berusia lima tahun dalam kemalangan di Kampung Weston, Bukit Pantai, awal pagi semalam.
Seorang Maut, Gara-Gara Potong Di Selekoh

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi itu, mangsa Noraini Abdul Main, 17, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Weston.

Manakala, lima lagi yang parah dikenali Siti Fazilah Mohd Yusop, 33, (pemandu), Nursuhaida Zaidi, 15, Aida Nairun, 15, dan Hamidah Nairun serta seorang kanak-kanak Mohd Fahmi Shahmi, 5, terpaksa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) selepas mengalami kecederaan parah di anggota badan.

Tujuh yang lain, Mohd Rafizi, 14, Aida Norianti Ibrahim, 17, Mohd Zaidi Basir, 15, Mohd Nurshanizam, 13, Marshera Jude, 13, Marlisa Jude, 17, dan Mohd Nasriq, 15, hanya cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Beaufort sebagai pesakit luar.

Difahamkan, semua mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Weston dan pemandu yang juga seorang guru di salah sebuah sekolah rendah di kawasan terbabit dipercayai menghantar semua pelajar berkenaan ke sekolah mereka. sumber


Categories: , , , , ,

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!