Kamis, 19 Desember 2013

Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU - Hasrat murni seorang adik ingin meringankan beban abangnya dengan membantu menyiapkan kerja membaiki tangki air bertukar tragedi apabila dia dibelasah gara-gara kecuaiannya yang menjatuhkan bata dengan tidak sengaja.

Kejadian berlaku di Kampung Telari, Manir, di sini, kelmarin.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, mangsa, 19, dibelasah oleh abangnya, 20-an, selepas tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang dianggap membuat kerja sambil lewa dan terlalu cuai.

“Walaupun mangsa sudah meminta maaf atas insiden yang berlaku dan menjelaskan yang dia tidak sengaja, namun suspek masih tidak dapat memaafkan kesalahan itu dan memaki hamun dengan menggunakan perkataan agak kesat.

“Tidak cukup dengan itu, suspek melepaskan geramnya dengan membaling baldi ke arah mangsa sebelum berlakunya pergaduhan mulut di antara dua beradik itu,” katanya, semalam.

Sumber berkata, tindakan mangsa yang cuba melawan itu menyebabkan suspek mula naik hantu sebelum nekad membelasah mangsa menggunakan baldi; simen; kayu dan besi serta turut bertindak menendang leher mangsa sehingga menyebabkan kecederaan.

Susulan kejadian, mangsa mengalami kecederaan di bahagian siku kiri dipercayai akibat dipukul dengan besi dan sakit seluruh badan serta mengalami masalah sukar bertutur kerana kecederaan di bahagian leher akibat ditendang suspek.

Sejurus insiden, mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Manir, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi, semalam, mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!