Selasa, 24 Desember 2013



Kerajaan Syria telah pun menyerahkan senarai lengkap program senjatanya, badan pemantau senjata kimia dunia sudah mengesahkan perkara itu.

Pentadbiran Presiden Bashar al-Assad mempunyai masa sehingga hujung hari ini untuk menyerahkan senarai itu sekaligus menepati perjanjian rangka kerja yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat dan Russia minggu lepas.

“Kami mengesahkan bahawa kami telah pun menerima senarai yang dikehendaki berkenaan program senjata kimia Syria,” menurut wakil Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW).

Ketika ini Sekretariat Teknikal sedang melihat senarai berkenaan dengan terperinci.

Semalam, badan yang diberi amanah untuk memantau penggunaan senjata kimia sehingga melanggar peraturan peringkat dunia mengesahkan sudah menerima senarai awal dari Syria.

Sementara itu Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry dan rakan sejawatannya dari Russia Sergey Lvrov mengadakan perbincangan panjang lebar mengenai isu itu kelmarin.

“Kami berbincang serius mengenai kerjasama yang dipersetuju dan akan terus berikan, terus berusaha agar Syria mematuhi peraturan OPCW serta mematuhi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” kata Kerry.

Di Syria, tentera yang setia pada al-Assad membunuh sekurang-kurangnya 15 orang di sebuah perkampungan penduduk Sunni di bandar Hama.

Seorang wanita dan dua orang kanak-kanak merupakan antara mereka yang terbunuh dalam serangan berkenaan di Kampung Sheikh Hadid.

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!